Monday, October 1, 2012

jom tengok apa jadi:)

                                                                   langkah pertama         
                                                                   langkah kedua
                                                                     langkah ketiga
                                               dan akhir sekali,saya berjaya mama huhuhu

BESDAY BOY 23 SEPTEMBER 2012

ALHAMDULILLAH syukur tak terkata anak mama dah besar,genap sudah setahun....mama doakan anak mama jadi anak yang soleh,bijak pandai,tak pernah lupa ALLAH SWT,mama n babah,tok pah tok timah wan key n wan not dan semua la......amin.....mama n babah luv aqkif so much:)


*majlis hanya buat ringkas sahaja,dia taman penaga n bagan*

Tuesday, September 4, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

salam semua,rasanya masih belum terlambat untuk mgucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua maaf di pinta jika terkasar bahasa,perbuatan dan apa-apa saja la....maaf di pinta sekali lagi.
iklas dari saya dan keluarga

Friday, July 20, 2012

SALAM RAMADHAN

mohon ampun dan maaf jika selama pkenalan kita saya ada buat salah kepada kalian semua...semoga bulan ramadhan kali ini memberi seribu kberkatan dan insafan kepada kita semua...INSYAALLAH

Thursday, April 19, 2012

.........6bulan lebih sudah

alhamdullilah anak saya membesar dengan kesihatan yang baik...syukur sekali lagi dia sudah genap 6bulan,dah pandai merangkak,meragas dan jugak sudah tumbun satu batang gigi bawah...so sweet tima kasih ALLAH,kurnia kan aku cahaya mata yang comey dan sihat alhamdullilah syukur:)

Tuesday, April 3, 2012

mood suam-suam kuku

alhamdullilah dia membesar dengan sihat,syukur anak mama dah masuk 6 bulan...ish rasa sekejap jew:)...macam2 ragam duk ada dah hahaah tapi mama hepi ngan sayang mama nih luv sayang:)
tengok dah pandai tengok kamera gud boy:)
                                                                 tomey-tomey aih
                                         jadi rebutan la plak,mn satu nak pilih makcik2 nih
                      

dah pandai duk dalam walker,dah pandai tolak sendiri dah...
good job my son:)

Thursday, February 16, 2012

AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR

Pernah terbaca satu artikel perkara yang patut ...dilakukan oleh ibu bapa semasa anak sedang tidur. Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak.... setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya, membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.See More


info-info yang berguna bagi ibu-ibu yang mengandung juga kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi.... ♥♥♥♥

Tuesday, February 14, 2012

SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE


Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine¡¦s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.




SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE



Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 3 pendapat berkaitan dengan asal usul hari tersebut.



„« Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah lalu disapukan darah binatang tersebut ke badan mereka dan mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.



„« Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.



Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan lace w:st="on">St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk lace w:st="on">surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ¡¥From your Valentine¡¦ (Daripada Valentinemu)



. Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.



Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di lace w:st="on">medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.



„« Pendapat ketiga menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.



Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.



HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE



Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur¡¦an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:



Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. ¡V al-Hajj : 67



Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: ¡§Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.¡¨ - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.



Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur¡¦an dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama orang kafir seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan dari baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang kafir dan bagi mereka yang meniru budaya orang kafir maka ditakuti dia akan tergolong ke dalam golongan tersebut. Sabdanya:



Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.



Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya kafir. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan orang kafir. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tidak dapat dinafikan sambutan Hari Valentine ini sebenarnya membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya:



Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). ¡V al-Israa¡¦ : 32



Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam dan hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya orang kafir ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari menguar-uarkan sambutan Hari Valentine ini kepada rakyat di sebuah negara Islam seperti lace w:st="on">Malaysia ini malah ianya sepatutnya dipergunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.



KESIMPULAN



Justeru itu dapat kita rumuskan bahawa sikap orang Islam terutamanya generasi muda berbangsa Melayu di Malaysia ini menyambut Hari Valentine adalah semata-mata bertujuan untuk meniru budaya hedonis yang diimport dari barat. Menurut mereka budaya barat yang sedemikian rupa mencerminkan corak hidup terkini dan paling sesuai pada zaman yang serba moden. Mereka yang terkebelakang dalam meniru corak hidup barat ini dianggap jumud serta ketinggalan zaman. Maka kita melihat generasi muda Melayu berebut-rebut untuk mengamalkan gaya hidup orang barat seperti mentatu tubuh mereka, mewarnakan rambut mereka berwarna perang, memakai pakaian yang menjolok mata, mengamalkan pergaulan bebas, mengunjungi disko-disko yang dihidangkan minuman keras dan lain-lain lagi. Bagi mereka dengan mengamalkan cara hidup sedemikian rupa mereka telah berjaya meniru satu kaum yang dianggap serba maju. Sedarlah wahai pemuda-pemudi Melayu, walau sehebat mana kamu meniru gaya hidup barat, mereka tetap melihat kamu sebagai orang lace w:st="on">Asia yang datang dari dunia ke 3 yang rendah martabatnya berbanding dengan mereka. Mereka tidak akan melihat kamu sekalian sebagai setaraf dengan mereka walaupun kamu bersungguh-sunguh ingin mencontohi cara hidup mereka. Oleh itu hendaklah bangsa Melayu berbangga dengan apa yang telah ada pada agama serta adat resam bangsa mereka dan janganlah kita terlalu dikelabui dengan kehidupan duniawi yang berkiblatkan barat seperti sambutan Hari Valentine ini. Firman Allah S.W.T.:



"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal." ¡V Surah al-Ghaafir: 39

Friday, January 27, 2012

Dia hero ku:))










*sudah pandai tengok kamera,dan sudah pandai belik2 tangan mama dia,gud job my dear:))*

Friday, January 20, 2012

cina nak raya aku yang sibuk

tajuk hahah macam apa tah,tapi itulah kenyataan...dah lama tak p jusco sekali p masyALLAH aku pown tak taw nak kata apa...hahaha tengok jew la gambar kat bawah nih apa yang aku beli:))



*hahah bukan beli apa pown,cuma nak tunjuk aku beli kasut baru jew hahaha,suka2 sangat santik*

Wednesday, January 18, 2012

koleksi botol susu MUHAMMAD AQKIF ZAFRAN:)

 baru 4bulan dah banyak nih botol susu dia
 tollyjoy
 pureen
 avent
 cute baby
 pigeon
 fallin
 ok baby
koleksi puting susu MUHAMMAD AQKIF ZAFRAN hahaha

Tuesday, January 17, 2012

kata kan saya boleh:)

Alhamdullilah anak mama dah pandai menerap,alalololooo tomey2 aih dia:)

                                                         saya boleh,malaysia boleh hahaha

Monday, January 9, 2012

saja-saja

saja-saja aku nak buh gambar aku nih,kadang-kadang aku tengok diri aku nih kurus kadang-kadang nampak chubby-chubby tapi selalu nya aku duk nampak lanih GEMUK la hahaha...gambar minggu lepas MASYALLAH takut aku tengok huhuhu minah gemuk seowng nih:)

Friday, January 6, 2012

red makngah hahaha




*motif nak tunjuk bibir mulut merah jew hahaha,tak penah nya pakai lipstik tahun nih tiba2 berani plak nak mencuba:)...tak pelik mana pown nice ada la hikhikhik:))*

Wednesday, January 4, 2012

spaghetti 2012

semalam tringin sangat nak makan spaghetti,masa time rehat saya keluar pi cari bahan-bahan nak buat spaghetti alhamdullilah jumpa semua bahan-bahan tersebut..ini adalah kali pertama saya mencuba ya,hahah saya nih tak pantai masak pakai hentam jew la...ALHAMDULLILAH menjadi huhu rasanya tak masam sangat ada rasa pedas-pedas sikit kira kata not bad la:))..semawa kat  hubby nak tak dia cakap tak nak ok la,lepas dah siap kuahnya bagi dia rasa sikit tanya dia ok tak,dia cakap ok..lepas tu saya tanya dia lagi nak makan kew tak kalau tak nak  saya nak rebus spaghetti sikit jew la,terus dia cakap nak huhuh so buat banyak gak la semalam bagi kat jiran sebelah sama:))

resepi saya ambik dari kawan saya Shu Shinju:))
thnks dear noh