Monday, November 9, 2009

interview

salam semua reader2 di luar sana dan di dalam,hari nih aku ada interview untuk jawatan aku.....tiba2 aku takut,ketaq semua ada...kawan2 semua doakan aku berjaya ya...aminnnnn.......

Wednesday, November 4, 2009

ESQ TRANING

yang terlibat pada kursus tersebut
tak salah aku seramai 200 orang

kontigen UiTM Pulau Pinang



aku malas lagi nak cita pasai kursus ni,so aku tak pict lu kat hampa ok:)

Tuesday, November 3, 2009

makan-makan lagi makan-makan hahahaaa

sue sui bersama ngan mila

dari hujung kak bakhyah,kak tikah n kak ina
bloger2 uitm pp

roti

piza apa tah nama dia aku lupa

sup yang sedop
kegemaran aku nih

hai all,nak bagaitau hampa nih dah 2~3 hari nih asyik p makan tempat owg kekaya jew hahaha tempat owg banyak wet la...pada hal dalam poket nih tak banyak mana pown ada wet,disebabkan nak jugak makan sanggup abihkan wet janji aku kenyang..boley g2 ayat aku nih macam apa tah...hahaha tak dak lagi nak cita cuma nak bagitau lagi satu gambar2 ini adalah dicopy dari blog kak ina.....:)

HEPI BESDAY PREN:)04/11

HEPI BESDAY AMY,MOGA BAHAGIA SELALU...INGAT DAH TUA EK HAHAHA DH 24TAHUN LOW...:)*dia yang berbaju kuning ek*

Monday, November 2, 2009

hai all

assalammualaikum semua,hai all reader2 hahaha macam la ada pembaca yang nak baca blog aku nih...ok la aku nak story sikit kat hampa semua kemana aku pi 2 ~ 3 hari nih...sebenarnya aku berkursus di kepada balas(hotel seri Malaysia)...kursus yang sangat bagus untuk diri aku dan juga untuk hampa semua(lau tak pecaya cuba pergi)..."ESQ kursus" adalah kursus motivasi diri,aku tak nafi kan kursus itu membuat aku tersentuh,terfikir dan macam2 lagi yang bermain difikir aku...persoalan pertama aku,SIAPAKAH DIRI AKU DI MUKA BUMI INI?????itu persoalan pertama aku,alhamdullilah kursus itu mengingatkan aku siapa aku di sini dan aku juga telah mendapat jawapannya....sejuta persoalan bermain difikir aku kini sudah terjawab.....alhamdullilah juga aku telah faham apa erti kehidupan sebenarnya...cuma ingatkan untuk kita semua,ingat kita ini hanya dipinjamkan saja buat sementara waktu di atas bumi ini dan juga termasuk semua kekayaan di dunia,apa yang kita ada ingat itu semua bukan lah milik kita yang abadi.....

"DAN SEKIRANYA SEGALA POHON YANG ADA DI BUMI MENJADI PENA DAN SEGALA LAUTAN(MENJADI TINTA)DENGAN DIBANTU KEPADANYA 7 LAUATAN LAGI SESUDAH ITU,NESCAYA TIDAK AKAN HABIS KALIMAH-KALIMAH ALLAH ITU DITULISNYA.SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA KUASA LAGI BIJAKSANA...

QS luqman:27

Monday, October 26, 2009

JOHNNY'S



hahahaaa


hahaha kak ina bagusnya
suap kan kak khairon su pown mau gak
ngeeehhhh


blogger2 yang spoting


ais krim


ini nasi goreng udang
yang di oder oleh kak ina


chiken wing
sedap sangat2 wey
di oder oleh kak tikah


kerabu magga
(kerabu pelam)


keow teow tomyam
kak bakhyah


nasi ayam thai
hahaha boley tahan jew


nasi goreng belacan
kak tikah


nasi goreng nenas
kak khairon

aku tak dk menda nak cita just nak tak gambar2 makanan ngan gambar2 aku n kawan2 jew ya,mari kita layannn:)

jom kawan2 layan cita nih:)

Kasih sayang yg tak berpenghujung. .. ..

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,

"Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan... . biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... .

"Kak.....untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:

"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku.. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.

Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,

"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati..

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. "

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

note: jom nangis sama2 jom.. uwaaaaaaaaaa.....=P
Sapa buat citer nie, jahat tau.. tak sukaaaaaaa.. sedih sangat... sreetttt sretttt lap hingus, huhu~