Thursday, November 13, 2008

RAHSIA WANITA (tanah,air,angin dan air)

Mungkin tidak ramai diantara kita yg pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur2 alam seperti tanah,air,api dan angin.perkara ini merupakan petua orang2 melayu bagi memilih pasangan.bagi lelaki yang berunsun api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.tapi itu hanya pandangan orang tua2.penentuan unsur seseorg ditentukan melalui anak ke berapa dlm keluarga.

i) tanah - anak pertama,kelima dan kesembilan
ii) air - kedua,keenam,kesepuluh
iii) api - ketiga,ketujuh,kesebelas
iv) angin - keempat,kelapan,kedua belas

*WANITA BERUNSUR TANAH*
-tanah yang subur mampu membuahi tanaman yang hijau dan mekar.wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat2 seperti:
*rendah diri dihadapan suaminyaserta hormat dan patuh,setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
*sebahagian sifat tanah,wanita jenis ini tidak cerewet,tidak suka bercakap meninggikan diri,tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
*tenang dan mengamankan jiwa suami,selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
*orang yang berperawakan manis dan lemah lembut,pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

*WANITA BERUNSUR AIR*
-air sifatnya bersih dan suci,sejuk,nyaman serta menghilangkan dahaga.air juga sifatnya mencambahkan benih,menyuburkan serta menyegarkan.wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
*menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
*mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak2 serta tidak membiarkan anak2 hanyut dibawa arus hidup.
*hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak2.
*menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

*WANITA YANG BERUNSUR API*
-api sifatnya panas membakar tapi menerangi kegelapan malam,ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak.wanita bersifat api:
*cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
*cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal2 rumahtangga.
*penasihat yang baik kepada suami.
*pandai dan cekap menguruskan rumahtangga,pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
*sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamat keadaan.

*WANITA BERUNSUR ANGIN*
-agin meredakan kehangatan,menjadikan sumber tenaga.wanita yang berunsurkan agin:
*mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami..

No comments: