Thursday, May 27, 2010

10 Asas Kebahagiaan Hidup Berumahtangga


Setiap insan di dunia ini pasti mengimpikan kehidupan berumahtangga yang kekal bahagia. Namun ramai pasangan hari ini tidak tahu caranya. Akibatnya, mahligai yang baru dibina setahun dua akhirnya kandas di pertengahan jalan. Di sini disenaraikan 10 asas penting untuk mendapatkan kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.

1. Berkongsi tanggungjawab

Suami isteri masing-masing mempunyai peranan di dalam kehidupan berumahtangga. Masing-masing perlu tahu dan faham makna sebenar perkahwinan dan berbincang dari hati ke hati apabila wujud sebarang masalah. Sebagai contoh, tugas untuk menguruskan rumah serta anak-anak. Ini kerana kaum lelaki perlu sedar, berkahwin bukanlah bermakna melantik isteri menjadi orang gaji.

2. Pasangan teman teristimewa

Untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, anggaplah pasangan sebagai teman yang terlalu istimewa. Pasangan bukan sekadar tempat untuk memuaskan nafsu semata-mata sebaliknya tempat untuk mencurah kasih dan mengadu masalah. Cuba berkongsi hobi atau minat dengan pasangan masing-masing. Jika mempunyai hobi atau minat yang berbeza pula, cuba memahami dan beri ruang kepada pasangan untuk menghabiskan masa bersama hobi yang disukainya itu apabila perlu.

3. Rancang masa depan

Ramai pasangan hari ini yang tidak tahu merancang masa depan. Akibatnya mereka tiada sebarang persediaan apabila sesuatu masalah wujud. Sebagai pasangan suami isteri, perlu saling mengingati dan menabung untuk keperluan hari kemudian. Tidak salah jika sesekali pergi bercuti bersama keluarga asalkan percutian tersebut mampu menghangatkan hubungan suami isteri yang sudah sekian lama terbina.

4. Komunikasi yang baik

Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan amatlah penting untuk menjamin kebahagiaan di alam rumahtangga. Berkomunikasi merupakan keperluan untuk pasangan suami isteri merasai apa yang dikehendaki oleh pasangan masing-masing. Namun komunikasi yang baik, ada caranya dan cuba elakkan menyangkal kata-kata pasangan atau tidak memberi perhatian dengan apa yang diperkatakannya. Beri ruang kepada pasangan untuk meluahkan pandangan dan jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda.

5. Mengenal 'bahasa cinta'

pasanganTerdapat lima bahasa cinta yang perlu diberi perhatian iaitu kata-kata yang memberi keyakinan, masa berkualiti, memberi hadiah, berbakti dan memberikan sentuhan fizikal. Pasangan perlu memahami dan mengamalkannya agar mereka dapar meluahkan perasaan kasih sayang di antara satu sama lain.

6. Mengukuhkan kewangan

Tidak dinafikan wang dan harta benda merupakan satu keperluan hidup pada masa ini. Oleh itu, sebagai ketua ruamhtangga, suami perlu bijak dan berbincang dengan isteri untuk menguruskan kewangan rumahtangga agar sentiasa berjalan lancar. Rancang perbelanjaan dan elakkan pembaziran agar tidak menyinggung perasaan atau menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak.

7. Selesaikan konflik

Hidup berumahtangga memang tidak lepas daripada konflik dan perselisihan faham. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Untuk kekal bahagia, luahkan segala masalah yang dihadapi dan dan berbincang secara terbuka serta dewasa agar konflik dapat ditangani dengan cara yang paling baik.

Selalunya segala perselisan faham dapat diatasi dengan mudah, jika kedua-dua pihak berfikir secara rasional dan dapat memaafkan pihak yang melakukan kesalahan. Kenang kembali saat-saat manis di awal perkahwinan dahulu dan renungkan wajah anak-anak yang tentunya masih mengharapkan belaian kedua ibu bapa mereka.

8. Hubungan seks

Jangan sekali-kali mengabaikan hubungan seks dengan pasangan. Jika anda mempunyai masalah di dalam perhubungan seks, jangan malu untuk berbincang dan dapatkan rawatan yang sewajarnya. Hubungan seks yang tidak sihat boleh menyebabkan sesebuah perkahwinan itu hancur.

9. Tabah & sabar

Di dalam melayari kehidupan berumahtangga sikap tabah dan sabar perlu ada di dalam diri setiap insan. Ini kerana kehidupan berumahtangga amat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan semasa bujang dahulu. Suami atau isteri juga perlu bersabar dengan kelemahan dan kekurangan pasangan masing-masing dan sentiasa berikan sokongan antara satu sama lain.

10. Santai bersama

Tidak perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk meluangkan masa bersama pasangan masing-masing. Cukup sekadar menghabiskan masa berdua di halaman rumah sambil menghirup secawan kopi. Apa yang penting suasana tenang yang diwujudkan di rumah. Namun, jika berkemampuan, apa salahnya sesekali bawa insan tersayang melihat keindahan negara orang pula.

Wajib Buat Ketika Bercinta(*tetiba tajuk nih buat aku tetarik untuk bkongsi ngan kawan semua,selamat menbaca*)


Di dalam dunia ini, semua perkara yang kita lakukan haruslah mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Begitu juga di alam percintaan. Semua pasangan perlu mengikut peraturan-peraturan tertentu agar perhubungan yang terjalin tidak dipandang serong oleh segelintir masyarakat.

Dengan peraturan itu juga, kamu sebenarnya mampu mengecapi kebahagiaan. Apa yang penting, kamu dan pasangan sentiasa ikhlas ketika menjalinkan perhubungan dan tahu batas-batasnya.Jika masih ada pasangan yang belum mengerti, apa kata kamu ikuti beberapa tip di bawah tentang perkara-perkara yang wajib kamu lakukan ketika bercinta bagi memastikan percintaan yang terjalin akan berakhir dengan kebahagiaan.

1. Sayangi dengan hati bukan perasaanJika kamu meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti tidak akan bertahan lama. Ini kerana perasaan manusia tidak pernah mampu bertahan lama dan sentiasa berubah mengikut keadaan, masa dan situasi.

Sebab itu, sebagai jalan terbaik, kamu mesti menyayangi si dia dengan ikhlas dan sepenuh hati.
Ini kerana jika kamu meletakkan perhubungan kamu berdasarkan hati, maka dari hati jugalah akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk anda serta pasangan selama-lamanya.


2. Terima seadanyaKamu harus akur tiada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya. Oleh sebab itu, kamu harus menerima si dia seadanya dan terima segala kekurangan serta kelemahannya.

Walaupun mempunyai kelemahan, seharusnya kamu menganggapnya sebagai insan paling istimewa dalam hidupmu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah si dia mengikut kehendak kamu. Ini kerana sekali kamu berjaya mengubahnya, kamu akan terus berusaha untuk mengubahnya sehingga kamu merasakan si dia benar-benar sempurna di matamu.

Tentu kamu masih ingat bagaimana kamu boleh jatuh cinta padanya, sudah tentu kerana dia adalah dirinya dan perkara itulah yang perlu kamu pertahankan. Jika kamu terus selesa dengan apa yang ada padanya, si dia sudah tentu lebih cinta kepada kamu.

3. Hargai pengorbanannyaSi dia tentu telah banyak berkorban demi mempertahankan percintaan yang terjalin. Oleh sebab itu, kamu perlu menghargai segala pengorbanannya dan jangan sekali-kali pernah terfikir untuk mempermainkan hati dan perasaannya.

Jika kamu bijak menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukannya, tidak mustahil si dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kamu demi untuk melihat kamu tersenyum setiap hari.

4. Hormati pendiriannyaSikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain menjadikan hubungan cinta yang terjalin lebih bermakna dan romantis. Jika si dia masih belum dapat menerima cinta kamu sepenuhnya, jangan sekali-kali mendesak atau memaksanya.

Sikap kamu yang suka memaksa dan mendesak membuatkannya cepat bosan dan akhirnya akan pergi meninggalkan kamu. Jalan terbaik, hormatilah pendiriannya dan berikannya masa untuk memikirkan tentang perhubungan yang terjalin.

Sebaliknya, sikap kamu yang memahami dan sentiasa menghormati pendiriannya sedikit sebanyak sudah pasti akan menarik perhatiannya. Oleh itu, berikannya masa. Bak kata pepatah, jika sudah sememangnya jodoh anda bersamanya, pasti tidak akan ke mana-mana.

5. Yakin pada keistimewaannyaSetiap individu pastinya mengimpikan seorang pasangan yang bukan sahaja sempurna malah punya keistimewaan yang tersendiri. Jika pasangan kamu seorang yang tampan, bijak, kaya dan berkerjaya bagus, itu tentunya satu bonus buat anda.

Jika pasangan anda seorang yang sederhana, yakinlah pada keistimewaan lain yang dimilikinya. Jangan sekali-kali merendah-rendahkan dirinya. Apa yang penting si dia mencintai kamu sepenuh hati dan sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kamu gembira.

6. Jangan berprasangkaSikap wanita yang terlalu suka berprasangka buruk terhadap lelaki sering menjadi alasan mengapa lelaki suka mencari wanita lain di dalam hidupnya. Ini kerana sikap suka berprasangka hanya akan memburukkan perhubungan yang terjalin.

Jalan terbaik, kamu memberikannya peluang untuk memberi penjelasan dan percayalah kepada kata-katanya. Jika kamu masih ragu-ragu, selidikinya dengan cara yang paling terpuji dan cuba letakkan diri kamu di dalam situasi yang sedang dihadapinya.

Sikap kamu yang sentiasa memberikannya peluang untuk menyatakan perkara sebenar sudah pasti amat dihargainya. Sekaligus peluang untuk kamu menjalinkan hubungan cinta dengan lebih bermakna, terbentang luas di hadapanmu.

7. Sayanginya setiap hariUsah sesekali kamu berjanji untuk mencintai dan menyayangi si dia buat selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kamu mungkin akan berakhir keesokan harinya.

Cubalah berjanji untuk menyayangi dirinya setiap hari dan cuba jadikan setiap hari itu adalah hari terakhir untuk kamu berdua. Cuba lakukannya dan pastinya kehidupan intim kamu dan pasangan akan berubah ceria. Ini kerana setiap hari kamu akan saling menyayangi antara satu sama lain.

8. Capai persefahamanKata orang, perkara yang paling penting dalam kehidupan berpasangan adalah sikap saling memahami antara satu sama lain. Oleh sebab itu cubalah berusaha untuk mencapai persefahaman. Harus diingat rasa persefahaman itu perlu dipupuk dan ianya tidak lahir secara semulajadi.

Paling baik jika kamu bukan sahaja memahami tetapi turut sama di dalam aktiviti-aktiviti yang gemar dilakukannya. Dengan ini, perhubungan yang terjalin akan menjadi lebih erat dan mampu untuk bertahan selamanya.

9. Jangan cepat berbanggaBerjaya memilikinya bukan satu tiket untuk anda berbangga atau bermegah-megah. Anda hanya boleh berbangga jika perhubungan yang terjalin itu berjaya anda jaga sehingga ke akhir hayat anda.

Ini kerana tiada seorang pasangan pun yang gemar memiliki pasangan yang suka berbangga dengan kejayaan yang dimiliki. Oleh sebab itu, sentiasalah bersederhana dan jadikan kehidupan anda berdua sama seperti kebanyakan pasangan lain yang ada di luar sana.


10. Sentiasa bersyukurWalaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.


Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.


Adakalanya mereka sanggup merayu-rayu asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang mereka miliki.

Wednesday, May 26, 2010

tetiba feeling nak bercuti la


*tenangnya tempat nih,rasa nak p bcuti lagi la kat sini aman sangat*

Awarded dari my friends,thnks amy:)


THANKS BANYAK2 YA AMY,BAGI AWARDED NIH KAT MY BLOG:)

*Nih la pertama kalinya aku dapat awarded thanks banyak2 ya:)*

ayam penyet with my mucuk:)





*gambar nih jew dapat aku ambik,lepas tu aku kena marah nagn kim hahahaha,dia cakap lau nak makan selalu nak tangkap gambar apa kes hahaha sekali tak jadi la aku ambik pict2 makan tu wey:)*

besday bakal bapak mentua aku:D

kek yang sangat sedop

hepi besday pakcik,moga2 panjang umur:)

adik ah ngan ayah dia

family may mucuk,ramaikan
buat aktiviti masing2
ini cinta hati aku
my mucuk
:)

with adik ah

posing lagi

aku nih kaki bergambar
pantang owg nak ambik gambar jew:)

last week sambut besday ayah kim kat pantai merdeka,kami buat bbq kat sana....dari awal pagi aku,kak kim ngan mak dia bkerja kerja nak siap kan makanan untuk malam tersebut.....antara makanan yang kami bawak mee goreng hahaha,ayam yang diperap untuk di panggang,burung puyuh perap,gulai puyuh,pulut kuning,ermm banyak lagi la dah ingat dah....kek dari secret resepi:)hahahaaa jom layan pict2 kami kat sana

Tuesday, May 25, 2010

majlis ppisahan rodiah di pizza jusco

pose istimewa rod buat kawan2 dia hahahaaaa

kek buat rod sangat sedopp

tuan blog pulak nk pose
hahahah

mummy ekin ngan yum
si feq plak sempat g pose
hahhaahaaa
kak ina tudung pink n kak zana

hahaha pict paling poyo tah apa2 aku ngan kak bakhyah
posing

rod tengah pulun makan

tengok tu maz makan sampai lincin hahaha

aimi,feq,aku ngan kawan kecik:D

wakil kawan2 semua
(kami wakilkan kak khairon)

ibu pura tengah tengok rod buka hadiah la tu:P

sesi membuka hadiah

taaadaaaa

dia dapat bear,pink colour lagi u:)
pemberian dari kami semua moga2 dia tak lupa low kawan2 dia
kat uitm pp nih:)
kak irah tengah baca kad buat rodiah huhuhu

dugaan dalam hidup:(

tengah tunggu nak xray bahu

entah la aku nak cakap macam mana lagi,mungkin ini dugaan yang tuhan telah tulis untuk cacatan hidup aku:(3minggu lepas aku excden selepas 2minggu pulak abag aku pulak ditimpa kemalangan jalan raya,alhamdullilah la tak jadi apa tapi patah bahu jugak la...kecian aku tengok dia,tak pa la dugaan tuhan bagi ni aku terima ngan redha.....redha ngan apa yang berlaku kat family aku nih:(

GPS



hari apa tah hakim ajak ku p car4 cari menda nih la,dia cakap berguna untuk dia buat kerja...so g la cari,cari punya cari dapat la seketoii RM399.00...kim sangat berpuas hati la ngan menda nih,lau p mana2 dia mesti bawak menda nih....ok mai cini nk story sikit pasai menda nih,lau kita sesat kew apa kew tak tau jalan nak p mana2,ust set jew kat dalam tu then dia akan tunjuk kan kita peta jalan tersebut....lanih macam2 menda canggih dah....

n3 yang dah terlalu-lalu basi:P

tengok ya kawan2 banyak bangat pilihan baju pengantin dia wey
sampai nak juling mata aku pilih hahaha

pilih2 yang mana satu bekenan dihati:)

gaun dia pown cantik2 huhuhu

cuba buat tekaan yang mana satu pilihan aku:P

cantikkkkkk2 nya


nih kira story yang lepas2 la,dah lupa pown date dia huhuhu aku ngan hakim p ke kedai pengantin pilih baju untuk kenduri sebelah pihak lelaki pulak...alhamdullilah baju dah dapat semua dah settle cuma tinggal lagi jurukamera jew lum selesai g huhuhuhu...jom layan gambar2 baju pengantin kat jalinan kasih belakang pasifik:)

Thursday, May 13, 2010

pizza time


lemon fizz yang terbek wey kat pizza:)



rezeki bilik urusetia mm2

kakak yang berbaju merah tu ya yang belanja makan

hj yusop

team mm2

malang tak berbau

muka sedey aku wey

masa nih cantik jew body dia kan huhuhu


nih la buktinya kecian keta aku wey

sedey2:(

nih kisah hari selasa 11/05/2010,kejadian berlaku kat simpang empat rumah kim kecian aku,kejadian berlaku pada kul 8.15pm macam tu la...kisah dia macam nih,aku nk lintah simpang la dengan kereta dah tengok pown kiri kanan dua tiga kali,kat situ pulak tak dak lampu jalan tak pa la aku lebih berhati2 la untuk keselamatan kan...bila dah lintas separuh dari jalan tadi tiba2 aku dengar hon motor dekat ngan aku dah,apa pown aku tak nampak wey alih2 dengar kedebom huhuhu sekali 2bijik motor blah keta aku wey,pakison jugak la aku nih tkejut,tkedu semua ada...budak pertama mlambung naik atas bumbung keta aku sowang aku duk tkepit kat tepi reta aku....adoiii aku ingat mati dah budak tu,keluar tengok semua alhamdullilah dia ok motor dia yang teruk....alhamdulillah la,tapi yang aku nak marah sangat nih sebab depa naik motor tak dak lampu,lepas tu rest motor pulak tu...seb bek tak dak apa2 cuma reta aku jew yang teruk...dah buat report la,lepas tu minggu depan nak kena antar keta p insuran la:(